Belajar Bisnes Dari Arsene Wenger

Aresene Wenger = pengurus + strategis + ahli perniagaan + pemimpin. Banyak yang kita boleh pelajari daripada beliau. Berikut satu contoh:
Arsene Wenger Warns Against The Perils Of Stadium Construction (Goal.com)

Arsenal manager Arsene Wenger has pointed to the misfortune of several sides who have built stadiums recently and struggled, indicating that his team's relative slump over the past four seasons is nothing too concerning.

The long-term benefits of Arsenal's Ashburton Grove stadium move will not yet be known for a number of years, but the main objective during the interim was to keep the team competitive. A Champions League final in 2006 and a title challenge the following year may be deemed satisfactory, but Wenger is also keen to point out that the criticisms leveled against his fiscally frigid attitude in the transfer window belie the financial status of the club.

The Frenchman cited the demise of clubs such as Derby County, Leicester City, Coventry City and Southampton, who have all been relegated following stadium builds, while Millwall and Bolton Wanderers suffered similar fates in the past, too.

He is quoted by The Times as saying, "If I went to Real Madrid tomorrow I would spend at all costs, but what is more important is to look at what you have at your own club and analyze how you can be successful.

"Arsenal will be more successful by building a new stadium, but it is not easy to build a new stadium and remain where you are. Look at all the clubs who have built new stadiums and where they are now: Derby County; Leicester City; Coventry City; Southampton. They all went down."

Arsenal currently owe £400 million in debt, with the lion's share of that figure being the mortgage for the Emirates Stadium, yet the club have made a handsome profit on two past assets, Emmanuel Adebayor and Kolo Toure, who are now the toast of the town in the blue half of Manchester.

The Gunners, though, have brought in Thomas Vermaelen for £10m and Andrey Arshavin earlier in the year for £16m. Wenger claims this is evidence for the club living within their own means, and not relying on a wealthy foreign sponsor, which is fast becoming the status quo in the current Premier League environment.

"I accept that what I say is in contradiction with our football world because the money looks as if it has gone higher and higher since I have been in the job," he said. "You compare the average wage ten years ago with today and it has gone up. But we live in a competitive world and that is why I say some of what happens now is financial doping. At Arsenal, we live with the money we produce.

"Other clubs have artificial income, from owners," he noted. "They do not live with the money from the game. We have gates, merchandising, sponsorship, television money, but nothing beyond that. What I fight for is to live within the resources we produce and to pay the players according to our real potential, considering the size of the club.

"That, to me, is normal," he concluded.

.

Bila Berniaga Mesti Tulis Apa Yang Dipersetujui

Allah memerintahkan supaya persetujuan tentang perniagaan dan hutang mesti ditulis. Kalau ada yang ajak saudara berniaga dengan ungkapan "trust me" atau "percaya lah kata-kata saya", maka itu tidak menepati perintah Allah dalm Surah Al-Baqarah : Ayat 282
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.

Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu.

Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah di rencanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi.

Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil disisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu.

Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya.

Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli.

Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan.

Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu.

Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Info Lain = www.pmo.gov.my ** www.al-islam.com ** cari di Google
.

Money for Nothing!..... no such thing

Kejayaan datang dengan usaha dan kerja keras. Tidak ada duit datang bergolek :)
.

.

Perkongsian Komisen Jualan Ikut Cara Nabi Muhammad

Menarik konsep yang diguna oleh PTS. Terimakasih Puan Ainon kerana berkongsi ilmu
PTS Mengamalkan Perkongsian Komisen Jualan Ikut Cara Nabi Muhammad

Sesiapa yang pernah datang ke pejabat PTS akan perasan suatu perkara: Yakni, suasana kerja di PTS yang menunjukkan TimPTS masing-masing sedang tekun bekerja, tetapi tidak pula kelihatan mereka sedang stress.

Ada seorang pelawat pernah berkata kepada saya, katanya, "Orang PTS bekerja rajin macam dalam syarikat Cina!" Lalu beliau bertanya apakah rahsianya maka staf Melayu dalam syarikat Melayu tetapi tingkah laku kerja mereka macam Cina.

PTS mengamalkan beberapa prinsip pengurusan syarikat yang betul-betul meniru apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad. Salah satu prinsip itu adalah prinsip perkongsian hasil keuntungan.

Berniaga adalah ibarat berperang. Lembaga pengarah PTS bersetuju supaya PTS mengamalkan cara perkongsian keuntungan dengan meniru bagaimana Nabi Muhammad berkongsi harta rampasan perang, istilah Arabnya ghanimah.

Apabila Nabi Muhammad membahagi-bahagikan ghanimah, semua orang yang ikut dalam pasukan perang mendapat bahagiannya daripada ghanimah itu. SEMUA.

Di PTS, 'ghanimah' PTS adalah duit hasil jualan buku-bukunya. Setiap bulan, semua TimPTS (yang sudah ditetapkan dalam jawatan) menerima komisen, tanpa kekecualian. SEMUA.

Nabi Muhammad memberikan porsi (portion) yang berbeda kepada anggota tenteranya, yakni (i) tentera berkuda, yang menerima porsi paling besar, (ii) tentera pemanah, yang menerima porsi kedua terbesar, dan (iii) tentera berjalan kaki, yang menerima porsi ketiga terbesar.

Di PTS, semua TimPTS dibahagikan kepada:

(i) Tentera berkuda PTS, yakni mereka yang di barisan paling hadapan, yakni yang akan mati dahulu (contohnya pegawai Jabatan Sales PTS, kalau jualan rendah, mereka ditanya dulu).

(ii) Tentera pemanah PTS, yakni mereka yang di barisan pertahanan (contohnya pegawai Jabatan Editorial PTS, kalau buku tidak cantik dan tidak memenuhi kehendak pasaran, mereka ditanya kemudian).

(iii) Tentera berjalan kaki PTS, yakni mereka yang melakukan flanking dan logistik (contohnya petugas warehouse PTS yang membuat kerja-kerja packing dan shipment, yang ditanya jika buku lambat sampai ke kedai-kedai buku).

Masing-masing kumpulan menerima porsi yang ditetapkan.

Setiap bulan, pegawai-pegawai credit contoller PTS mengutip hutang dari kedai-kedai buku, para pengedar dan kontraktor. Sebahagian daripada hutang yang dikutip itu diambil supaya dibahagi-bahagikan sebagai komisen kepada SEMUA TimPTS. Wang komisen itu dibayarkan pada tarikh 15 haribulan setiap bulan.

Komisen yang mereka terima datang secara langsung daripada hasil jualan dan hutang yang dikutip. Semakin cantik buku-buku PTS, semakin laku buku PTS, semakin banyak buku terjual, semakin cepat buku dihantar ke kedai, semakin banyak hutang dapat dikutip, maka hasilnya semakin banyak komisen yang mereka SEMUA terima setiap bulan.

Prinsip ini selaras dengan maksud ayat Quran yang bermakna: "Kamu mendapat apa yang kamu usahakan."

Nota: Selain komisen bulanan, PTS juga membayar bonus kepada SEMUA TimPTS.

Baca buku2 keluaran PTS di www.pts.com.my

.